Friday, November 17, 2017

Makan Dan Bayar Guna Sampah

kantin-gas-methan
Kalau dulu sebuah gerai makanan popular selepas memberi makan percuma kepada sesiapa yang berjaya menghafal 30 juzul Quran, kini sebuah restoran pula menarik perhatian orang ramai selepas menerima bayaran berbentuk “sampah”.

Restoran Kantin Gas Methan dikendalikan oleh sepasang suami isteri, Sarimin, 56 dan Suyatmi di Jatibarang, Semarang, Jawa Tengah yang terletak di tapak pelupusan sampah.

Bagaimanapun, ia tetap dikunjungi pelanggan yang rata-rata terdiri daripada penduduk tempatan miskin yang rasa terbela dengan alternatif membeli makanan itu.

Kantin Gas Methan adalah idea yang lahir selepas Sarimin dan Suyatmi berfikir panjang selama lebih 4 dekad sebelum mengambil keputusan itu.

Memandangkan penduduk tempatan miskin di tempatnya banyak menghabiskan masa mencari plastik dan kaca yang boleh dijual, maka pasangan ini menukar konsep itu dengan menjual makanan.

“Di sini mereka boleh menggunakan sampah kitar semula yang dipungut itu untuk membeli makanan,” kata Sarimin kepada sebuah agensi berita tempatan.

Maka, pelanggan akan membayar makanan menggunakan plastik yang boleh dikitar semula malah bayaran balik (baki) akan dipulangan sekiranya terdapat lebihan nilai.

Ia dikatakan salah satu langkah mengurangkan bahan terbuang di tapak pelupusan dan selain menggalakkan amalan mengitar semula plastik.

“Kira-kira 1 tan sampah dapat dikitar dengan kaedah ini. Maka, plastik-plastik tidak akan menimbun, terhanyut ke sungai dan menyebabkan banjir atau pencemaran alam sehingga menggangu kehidupan manusia dan alam,” kata Sarimin lagi.

Kantin Gas Methan berupaya menampung 30 pelanggan pada satu masa dan menjual makanan pada kadar harga berpatutan iaitu sekitar RM1.67 dan RM3.34.

Hidangan restoran itu termasuklah nasi ayam, ikan keli, telur rebus dan sebagainya.

Restoran tersebut juga dikatakan menambah pendapatan keluarga Sarimin lebih sekali ganda.

Kini pasangan itu memperoleh AS$15 (RM62) sehari dengan hanya menerima sampah.

No comments:

Post a Comment